Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Penatahan Dan Penyelarasan Peganti Aruslebih Dan Rosakbumi Pada Sistem Voltan Rendah

Mohd Hendra, Hairi and Md Hairul Nizam, Talib and Md Nazri, Othman and Rosli, Omar (2007) Analisis Penatahan Dan Penyelarasan Peganti Aruslebih Dan Rosakbumi Pada Sistem Voltan Rendah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Analisis_Penatahan_Dan_Penyelarasan_Geganti_Aruslebih_Dan_Rosakbumi_Pada_Sistem_Voltan_Rendah.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Projek ini bertujuan untuk mendapatkan penatahan yang optimum pada geganti perlindungan. Geganti ini biasanya dipasang pada Papan Suis Utama (PSU) dan juga substesen TNB. Geganti ini digunakan sebagai peranti perlindungan untuk mengesan keadaan abnormal sekiranya berlaku arus berlebihan atau arus kerosakan ke bumi di dalam rangkaian sistem. Kajian ini meliputi aspek perlindungan terhadap arus berlebihan,arus litar pintas dan arus kebocoran ke bumi untuk sistem perlindungan voltan bekalan rendah. Antara objektifnya adalah melakukan simulasi kegagalan sistem kuasa menggunakan perisian ERACS dan mengkaji penatahan geganti perlindungan jenis inverse definite minimum time (IDMT) bagi model MK. 1000 dan MK 2000. Fokus kajian dijalankan adalah untuk mendapatkan kaitan antara tempoh masa dan kadaran arus didalam sistem perlindungan elektrik. Pembinaan rekabentuk sistem perlindungan dilaksanakan untuk membolehkan analisis praktikal dijalankan. Kaedah pengiraan dilgunakan untuk mengetahui penatahan yang paling sesuai sekiranya geganti tersebut dipasang pada bangunan. Kajian yang dijalankan ini adalah diharap dapat membantu para jurutera pelatih serta pelajar kejuruteraan elektrik untuk menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan penatahan geganti perlindungan yang digunakan di dalam sesuatu rekabentuk sistem pengagihan elektrik: bekalan kuasa rendah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Low voltage integrated circuits
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > FKE
Depositing User: Zulkarnaen Mahat
Date Deposited: 18 Jun 2014 03:15
Last Modified: 28 May 2015 04:25
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/12485

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year