Browse By Repository:

 
 
 
   

PERSONALITI DAN KEAKURAN: FAKTOR MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

Yunus, Ahmad Rozelan (2013) PERSONALITI DAN KEAKURAN: FAKTOR MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK. Project Report. Penerbit UTeM.

[img] PDF
Personaliti_dan_keakuran-Faktor_Mempengaruhi_Pencapaian_Akademik_Full_Final-Utk_PM_Dr._Rozelan.pdf - Published Version

Download (330kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji keselarasan personaliti-persekitaran, keakuran kepada kehendak ibu bapa serta kesan dan hubungan kedua-duanya terhadap pencapaian akademik pelajar jurusan teknikal. Objektif kajian ini adalah untuk menguji sama ada faktor-faktor keselarasan dan keakuran memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Subjek kajian terdiri daripada 380 orang pelajar tahun akhir program kejuruteraan yang dipilih secara rawak mudah. Alat kajian yang digunakan ialah alat ukur keakuran yang dibina oleh pengkaji dengan kebolehpercayaan Nilai Alpha Cronbach .783. Manakala bagi mengukur aspek personaliti dan minat kerjaya, Self-Directed Search – Form Easy (SDS) yang diterjemahkan oleh Amla Mohd Salleh (1984) telah digunakan. Data daripada kajian kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Ujian-t dua hujung dan korelasi Pearson. Indeks keselarasan (IK) pula digunakan untuk mengukur darjah keselarasan personaliti dan persekitaran pengajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari hanya lima daripada tujuh belas program pengajian selaras dengan ciri program yang dicadangkan oleh Holland melalui The ducational Opportunities Finder (Rosen, Holmberg, Holland, 1994). Dapatan utama kajian ini ialah keselarasan didapati tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik, tetapi sebaliknya, keakuran memberi kesan kepada pencapaian akademik. Secara terperincinya pula, keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian akademik antara pelajar selaras dengan pelajar tidak selaras. Namun begitu, min pencapaian akademik pelajar selaras lebih tinggi daripada pelajar tidak selaras. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian akademik antara pelajar akur berbanding pelajar tidak akur kepada kehendak ibu bapa. Min pencapaian akademik pelajar tidak akur lebih tinggi daripada pelajar akur kepada kehendak ibu bapa. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan keselarasan. Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan keakuran. Umumnya hasil kajian ini secara inferensi mendapati bahawa keselarasan personaliti-persekitaran tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik, namun secara deskriptif telah menyokong andaian Teori Tipologi Kerjaya Holland iaitu keselarasan personaliti dan persekitaran membantu dalam peningkatan pencapaian akademik seseorang pelajar. Namun begitu, kajian ini mendapati bahawa keakuran memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Technopreneurship > Department of Technopreneurship
Depositing User: Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus
Date Deposited: 11 Mar 2014 06:22
Last Modified: 28 May 2015 04:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/11752

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year