Browse By Repository:

 
 
 
   

Prototaip Sistem Keselamatan Kediaman Dengan Antaramuka Kawalan Berkomputer

Muzri Affandi, Jamaluddin (2005) Prototaip Sistem Keselamatan Kediaman Dengan Antaramuka Kawalan Berkomputer. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Prototaip_Sistem_Keselamatan_Kediaman_Dengan_Antaramuka_Kawalan_Berkomputer_-_Muzri_Affandi_b_Jamaluddin_-_TH9705.M89_2005_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (4MB)
[img] PDF (Full Text)
Prototaip_Sistem_Keselamatan_Kediaman_Dengan_Antaramuka_Kawalan_Berkomputer_-_Muzri_Affandi_b_Jamaluddin_-_TH9705.M89_2005.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (29MB)

Abstract

Menceroboh sesebuah kediaman merupakan suatu aktiviti jenayah manakala pencerobohan pula adalah kejadian jenayah yang sering berlaku pada masa kini. Rompakan, pecah rumah, dan samun sering dilaporkan berlaku terhadap kediamankediaman atau bangunan terutamanya yang berstatus mewah. Ini tentunya merugi dan membahayakan pihak terutamanya pemilik aset berharga sehinggalah membawa kepada ancaman terhadap nyawa mereka sendiri. Malangnya, kebanyakan kejadian jenayah ini hanya disedari selepas ianya berlaku. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya jenayah ini dapat dicegah dan digagalkan dengan berkesan sebelum menjadi semakin meruncing. Bagi memenuhi maksud tersebut, projek ini lebih tertumpu kepada penghasilan suatu prototaip sistem keselamatan pencerobohan kediaman yang dikawal secara berpusat. Sistem ini dihasilkan berasaskan konsep "terima dan hantar", iaitu dari pengesan yang dipasang pada zon tertentu ke litar kawalan kediaman yang diantaramukakan dengan suatu sistem perisian kawalan menggunakan komputer. Komputer yang digunakan berperanan sebagai pusat pemantauan yang dapat memberi petanda kepada penghuni kediaman tentang sebarang pencerobohan. Sistem ini terdiri daripada sebuah unit kawalan sebagai otak yang mengawal sistem, unit pengesan (sensor) serta komponen isyarat amaran yang menghasilkan bunyi penggera dan juga komputer sebagai unit paparan visual untuk mengawal kejadian pecah-rumah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Prototypes, Engineering, Security systems
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 14 Dec 2013 05:11
Last Modified: 28 May 2015 04:10
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/10356

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year