Browse By Repository:

 
 
 
   

Kawalan Motor Sesentuh

Mohd Firdaus , Mansor (2007) Kawalan Motor Sesentuh. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kawalan_Motor_Sesentuh_Mohd_Firdaus_Bin_Mansor_-24.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Kawalan_Motor_Sesentuh_Mohd_Firdaus_Bin_Mansor_.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Berdasarkan kepada tajuk projek iaitu kawalan motor sesentuh, projek ini merupakan projek pengubahsuaian dan penambahbaikan sistem sediada yang boleh lebih praktikal digunakan pada masa kini. Berdasarkan kepada sistem suis yang sedia ada, seperti di rumah, suis yang digunakan berfungsi menghidupkan dan mematikannya sahaja. Aplikasi seperti yang dinyatakan tersebut adalah agak ketinggalan dan mempunyai beberapa keburukan. Melalui penelitian dan perbincangan yang telah dibuat, sistem yang telah dikenalpasti adalah lebih praktikal adalah dengan menggunakan sistem suis plat sesentuh. Projek ini adalah berasaskan kefahaman terhadap sistem elektronik kuasa yang lebih ringkas. Sistem elektronik kuasa yang dimaksudkan adalah penghasilan perkakasan sahaja bagi mendapatkan hasil yang sama seperti sistem suis yang sedia ada dan dengan gabungan aplikasi pengawalan kelajuan dalam satu peranti. Sistem suis sesentuh yang akan dibangunkan, akan menggunakan plat sesentuh dan ia boleh dianggap sebagai medium bagi pengguna menjalankan sesuatu fungsi alatan elektrik atau elektronik. Plat sesentuh tersebut adalah peka terhadap sentuhan manusia sahaja dan para pengguna akan dapat menjalankan aplikasi yang sama seperti sistem pemetik suis yang ada dan boleh digunakan pada pelbagai peralatan yang bersesuaian.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Switched capacitor circuits -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 23 Jan 2014 04:50
Last Modified: 28 May 2015 04:08
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/10038

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year