Browse By Repository:

 
 
 
   

Pengukuran Karbon Dioksida Melalui Serapan Inframerah

Syah Riezal , Hashim (2006) Pengukuran Karbon Dioksida Melalui Serapan Inframerah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pengukuran_Karbon_Dioksida_Melalui_Serapan_Inframerah_Syah_Riezal_Hashim_QC879.8S92_2006_2.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Pengukuran_Karbon_Dioksida_Melalui_Serapan_Inframerah_Syah_Riezal_Hashim_QC879.8S92_2006.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Cetusan pengukuran karbon dioksida melalui serapan infra merah (infrared) adalah berdasarkan fenomena molekul-mo lekul karbon dioksida (C02) yang menyerap radiasi infra merah (infrared region). Fenomena ini j uga adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan mengapa berlakunya pemanasan di muka bumi ini. Terdapat kira-kira 0.04% atau 400ppm(part per milion) karbon dioksida didalam udara yang neutral. Karbon dioksida (C02) merupakan gas tanpa warna yang. apabila dihidu pada dos yang tinggi (aktiviti merbahaya disebabkan risiko sesak nafas), menghasilkan rasa masam dalam mulut and rasa menyengat di hidung dan tekak. Kesan ini disebabkan oleh gas melarut dalam selaput mukus dan air liur, membentuk larutan cair. Kehadiaran karbon dioksida (C02) yang berlebihan di dalam udara mungkin akan menyebabkan gejala-gejala yang negatif kepada manusia seperti cepat letih. mudah marah dan berasa tidak selesa. Projek membina alat pengukur kandungan karbon dioksida (C02) didalam udara melalui kaedah penyerapan infra merah (infrared) adalah bertujuan mengukur dan mengawasi kandungan karbon dioksida (C02) di udara didalam kawasan-kawasan yang tertutup seperti bilik persidangan. dewan serba guna. bilik mesyuarat, dewan kuliah dan sebagainya. Pengukuran yang digunakan adalah berdasarkan perbandingan infra merah (infrared) yang dikesan oleh pengesan/penerima (receiver) apabila infra merah (infrared) dipancarkan. Semakin banyak kandungan karbon dioksida (C02) didalam udara. maka semakin banyak pancaran infra merah (infrared) yang diserap. Oleh kerana itu pengesan akan mengesan pancaran infra merah (infrared) yang rendah. Melalui pengesan tersebut ia akan memberikan output yang membolehkan tindakan dibuat untuk meneutralkan udara. Projek ini adalah te rdiri daripada gabungan litar-litar elektronik terutamanya seperti litar pemancar infra merah (infrared transmitter) dan juga litar pengesan/penerima infra merah (infrared receiver).

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Carbon dioxide -- Measurement, Infrared detection -- Calibration
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QC Physics
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 24 Jun 2013 02:22
Last Modified: 28 May 2015 03:55
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8327

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year