Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyerap Gelombang Mikro (Piramid)

Mohd Khairul Hisam , Ab Ghani (2007) Penyerap Gelombang Mikro (Piramid). Project Report. Melaka, Malaysia, UTeM. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Penyerap_Gelombang_Mikro_(Piramid)_-_Mohd_Khairul_Hisam_b_Ab_Ghani_-_QC661.M55_2007_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Penyerap_Gelombang_Mikro_(Piramid)_-_Mohd_Khairul_Hisam_b_Ab_Ghani_-_QC661.M55_2007.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Pada masa kini, bidang telekomunikasi semakin canggih dan memerlukan frekuensi yang tinggi dalam penghantaran maklumat. Maka, pelbagai jenis peralatan direka untuk memenuhi keperluan ini. Peralatan ini perlu diuji terlebih dahulu sebelum digunakan secara meluas. Pengujian perlu dilakukan tanpa sebarang gangguan gelombang lain di persekitaran ataupun gelombang yang dipantul balik. Oleh itu, penyerap gelombang diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Penyerap gelombang mikro telah bermula sejak perang dunia ke-2 lagi. Walau bagaimanapun, ianya dikembangkan lagi dalam bidang pengujian dalaman seperti frekuensi radio (RF) yang melibatkan pesawat terbang, antena dan sistem elektronik. Penyerap akan menyerap tenaga gelombang elektromagnet untuk menghasilkan persekitaran yang serupa dengan ruang bebas. Penyerap ini biasanya akan dimuatkan di dalam sebuah bilik iaitu bilik kebuk anti-gema atau anechoic chamber. Pengujian yang dilakukan di dalam bilik ini bertujuan menghalang gangguan gelombang mikro dari luar dan tidak mahu bacaan pengujian dipengaruhi oIeh faktor persekitaran seperti panas dan hujan. Pengujian juga boleh dilakukan di padang atau di tempat lapang tetapi keputusan pengujian yang diambil tidaklah sebaik keputusan pengujian yang diljalankan di dalam anechoic chamber. Dalam projek ini, penyerap berbentuk piramid dicadangkan kerana bentuk ini lazim digunakan oleh para penyelidik. Penyerap ini dibuat dari polimer yang bahagian permukaannya disapu dengan karbon dan sekam padi yang dicampur cat. Karbon dan sekam padi digunakan kerana ianya bersifat semikonduktor yang dapat menyerap gelombang elektromagnet.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electromagnetic waves
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QC Physics
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 10 Jun 2013 07:03
Last Modified: 28 May 2015 03:53
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8022

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year