Browse By Repository:

 
 
 
   

Rekabentuk Dan Analisa Kerusi Roda Untuk Orang Yang Mengalami Masalah Separa Lumpuh Pada Bahagian Kaki

Isbollah, Harun (2012) Rekabentuk Dan Analisa Kerusi Roda Untuk Orang Yang Mengalami Masalah Separa Lumpuh Pada Bahagian Kaki. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Rekabentuk_Dan_Analisa_Kerusi_Roda_Untuk_Orang_Yang_Mengalami_Masalah_Separa_Lumpuh_Pada_Bahagian_Kaki_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (558kB)
[img] PDF (Full Text)
Rekabentuk_Dan_Analisa_Kerusi_Roda_Untuk_Orang_Yang_Mengalami_Masalah_Separa_Lumpuh_Pada_Bahagian_Kaki.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai masalah pesakit lumpuh untuk menggerakkan kaki dengan menggunakan kerusi roda manual dan mencadangkan penyeselaian bagi masalah ini. Produk ini direka cipta untuk memenuhi kehendak pelanggan terutamanya golongan separuh atau separa lumpuh dalam membantu mereka ketika menjalani latihan untuk berjalan seperti biasa dengan keadaan yang selesa dan juga memudahkan urusan seharian mereka. Secara keseluruhan, projek ini meliputi pelbagai proses bermula dari objektif, skop, penyataan masalah, kaedah kajian, mereka bentuk dan menganalisis serta terdiri daripada keputusan dan cadangan yang dilakukan. Terdapat beberapa aspek yang ditekankan dalam projek ini iaitu tahan lasak, tahan lama, mudah dan juga lain-lain aspek. Selain itu, produk ini direka bentuk mengikut spesifikasi dan pengukuran yang tepat supaya dapat memenuhi kehendak pengguna seperti keselesaan dan lebih mesra pengguna di samping menganalisis rekabentuk dengan mengaplikasikan teori secara praktikal di dalam proses merekabentuk produk. Proses mereka bentuk dan penambahbaikan kerusi roda berdasarkan bagaimana untuk membantu pesakit separa lumpuh pada bahagian kaki berjalan semula seperti biasa dengan mengambil kira aspek-aspek keselamatan, keselesaan dan mesra pengguna. Proses ini dibuat dengan lakaran konsep awal yang telah dibangunkan menggunakan kaedah metrik PUGH untuk memilih konsep reka bentuk dengan teori-teori kejuruteraan. Kemudian lukisan terperinci dilakukan berdasarkan konsep yang dipilih dengan mengunakan perisian CATIA atau SOLID WORK dan akhir sekali analisis dilakukan seperti analisis bahan, FEA dan postur dengan menggunakan perisian CATIA dan CES EduPack keatas rekabentuk produk tersebut bagi memastikan produk dapat memenuhi spesifikasi yang diperlukan. Bagi analisis yang dibuat, didapati jumlah kos dan faktor keselamatan dapat dikira. Jumlah kos dapat dikira dengan menggunakan analisis material CES Edupack dimana jumlah kos maksimum adalah RM 256.1147 tidak termasuk penyelenggaraan manakala faktor keselamatan dapat diperolehi dari analisis FEA dimana setelah pengurangan dari segi luas dan rekabentuk yang maksimum dilakukan, didapati faktor keselamatan paling sesuai dan selamat hanya boleh mencapai nilai 6. Akhir sekali, keputusan yang diperolehi bukan sahaja untuk hari ini malah untuk masa akan datang. Cadangan untuk masa depan adalah kajian produk ini dapat diteruskan agar produk ini dapat dikomersialkan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Human engineering, Sitting position
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RD Surgery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 25 Apr 2013 02:44
Last Modified: 28 May 2015 03:49
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7396

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year