Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyediaan Serbuk Hidroksiapatit Melalui Teknik Pemendakan

Mohd Irwan Shah, Mohd Abu (2008) Penyediaan Serbuk Hidroksiapatit Melalui Teknik Pemendakan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Penyediaan_Serbuk_Hidroksiapatit_Melalui_Teknik_Pemendakan_-24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (92kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Penyediaan_Serbuk_Hidroksiapatit_Melalui_Teknik_Pemendakan_-Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini adalah untuk menyediakan serbuk hidroksiapatit melalui teknik pemendakan. Satu campuran diantara 0.6 M H3PO4 dengan 1.0 M Ca(OH)2 dipilih sebagai bahan mentah. Larutan 1.0 M NH4OH digunakan sebagai pengawal pH supaya pH larutan sentiasa berada pada pH 11 hingga pH 12. 12 spesimen disediakan pada suhu pengkalsinan dan tempoh pengkalsinan yang berlainan. Ketika proses pemendakan dilakukan, bacaan pH larutan gagal mencapai pH 11. Analisis pembelauan sinar-X (XRD) dan analisis mikroskop elektron imbasan (SEM) dilakukan ke atas spesimen yang disediakan pada keadaan yang berlainan untuk membuat perbandingan saiz partikel dan struktur komposisi setiap serbuk. Keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak wujud kehadiran unsur HAp di dalam kesemua serbuk dan unsur yang paling tinggi didapati adalah amorfus. Unsur - unsur yang hadir ialah CaPO3(OH), CaPO3(OH) .2H2O , (NH4)2 ZnH4(P2O7)2.2H2O dan â-Ca2P2O7 . Daripada analisis yang dijalankan, beberapa faktor telah mempengaruhi hasil pemendakan yang diperolehi iaitu suhu persinteran, nilai pH jangkaan yang tidak berjaya dicapai, pembentukan kompleks dalam campuran dan perbezaan yang ketara diantara pH bahan mentah daripada pH yang sepatutnya

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Biomedical materials, Precipitation (Chemistry), Hydroxyapatite
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QD Chemistry
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 11 Sep 2012 05:04
Last Modified: 28 May 2015 03:36
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5713

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year