Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Penilaian Model Profesionalisme Jurutera Berteraskan Nilai Murni Dan Etika Sejagat Untuk Pemerkasaan Profesionalisme Jurutera Di Malaysia

Mat, Zawiyah and Sidek, Safiah and Ismail, Norain and Syed Al-Qudsy, Sharifah Haryaati (2018) Kajian Penilaian Model Profesionalisme Jurutera Berteraskan Nilai Murni Dan Etika Sejagat Untuk Pemerkasaan Profesionalisme Jurutera Di Malaysia. Project Report. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Kajian Penilaian Model Profesionalisme Jurutera Berteraskan Nilai Murni Dan Etika Sejagat Untuk Pemerkasaan Profesionalisme Jurutera Di Malaysia.pdf - Submitted Version

Download (250kB)

Abstract

Etika kerja merupakan salah satu komponen yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.Etika kerja mampu mendorong para pekerja dan majikan sama ada melakukan perkara yang betul atau sebaliknya.Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara pengamalan etika kerja Islam iaitu iman,ihsan dan akhlak dalam pemerkasaan profesionalisme jurutera di Malaysia. Kajian ini turut dijalankan bagi membangunkan model profesionalisme jurutera berteraskan nilai dan etika Islam yang menyumbang kepada kecemerlangan profesionalisme jurutera.Kajian-kajian terdahulu berkaitan pembinaan model profesionalisme kejuruteraan yang berpaksikan kepada nilai dan etika Islam dalam konteks jurutera Muslim masih kurang dikaji sehingga kini.Kelompangan ini menjadi fokus utama kajian ini dilakukan.Model ini dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan kelas pertama kearah mencapai negara maju berpendapatan tinggi.Etika kerja Islam merupakan pemboleh ubah bebas yang terdiri daripada tiga faktor iaitu iman, ihsan dan akhlak.Manakala,profesionalisme jurutera pula merupakan pemboleh ubah bersandar yang diukur melalui Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (semakan 2015) dan Kod Tatakelakuan (Code of Conduct) di dalam Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jurutera 1990 (semakan 2015).Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi mengumpul data kajian. Sebanyak 400 set borang soal selidik telah diedarkan secara persampelan rawak mudah kepada para jurutera Muslim di sekitar negeri Melaka.Namun,sebanyak 248 set borang soal selidik sahaja yang dapat dikumpul semula dan dianalisis oleh pengkaji.Kaedah penganalisisan data melibatkan analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi.Perisian IBM SPSS Statistik versi 22 digunakan untuk menjalankan analisis statistik deskriptif.Perisian SmartPLS SEM pula digunakan untuk menjalankan analisis statistik inferensi.Penilaian model pengukuran dan penilaian model struktural turut dijalankan bagi mengesahkan model kajian yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan ihsan dan akhlak yang mengikut acuan ajaran Islam mempunyai hubungan dan memberi kesan yang positif dan signifikan terhadap profesionalisme jurutera.Namun,tahap keimanan menunjukkan korelasi yang negatif dan tidak signifikan dengan profesionalisme jurutera.Satu model profesionalisme jurutera telah dibangunkan hasil daripada dapatan kajian ini.Secara keseluruhannya,dapatan kajian ini menyumbang dalam aspek pengetahuan,maklumat serta sumber rujukan kepada pihak berwajib seperti Lembaga Jurutera Malaysia dalam merangka satu garis panduan khusus bagi mengukuh dan memantapkan etika dan profesionalisme para jurutera Muslim di Malaysia.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Engineers -- Malaysia,Professional employees -- Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Mohd. Nazir Taib
Date Deposited: 20 Feb 2020 03:48
Last Modified: 20 Feb 2020 03:48
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/24266

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year