Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Pembinaan Model Profesionalisme Jurutera Berteraskan Nilai Murni Dan Nilai Keagamaan Untuk Pemeriksaan Profesionalisme Jurutera Di Malaysia

Mat, Zawiah and Sulaiman, Nooraini and Ismail, Norain and Sidek, Safiah and Arif, Sazelin (2018) Kajian Pembinaan Model Profesionalisme Jurutera Berteraskan Nilai Murni Dan Nilai Keagamaan Untuk Pemeriksaan Profesionalisme Jurutera Di Malaysia. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text
Kajian Pembinaan Model Profesionalisme Jurutera Berteraskan Nilai Murni Dan Nilai Keagamaan Untuk Pemeriksaan Profesionalisme Jurutera Di Malaysia.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (298kB)

Abstract

Etika kerja merupakan aspek penting sebagai garis panduan kerjaya seseorang dan organisasi. Ianya mampu mendorong para pekerja dan majikan sama ada melakukan perkara yang betul atau sebaliknya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara pengamalan etika kerja Islam iaitu iman, ihsan dan akhlak dalam pemerkasaan profesionalisme jurutera Muslim di Malaysia. Kajian ini turut dijalankan bagi membangunkan model profesionalisme jurutera berteraskan nilai dan etika Islam yang menyumbang kepada kecemerlangan profesionalisme jurutera Muslim. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dengan mengedarkan sebanyak 400 set borang soal selidik secara persampelan rawak mudah kepada para jurutera Muslim di sekitar negeri Melaka. Namun, sebanyak 248 set borang soal selidik sahaja yang dapat dikumpul semula dan dianalisis oleh pengkaji. Perisian IBM SPSS Statistik versi 22 digunakan untuk menjalankan analisis statistic deskriptif. Perisian SmartPLS SEM pula digunakan untuk menjalankan analisis statistic inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan ihsan dan akhlak Islam memberi kesan yang positif dan signifikan terhadap profesionalisme jurutera. Namun, tahap keimanan menunjukkan korelasi yang negatif dan tidak signifikan dengan profesionalisme jurutera. Satu model profesionalisme jurutera Muslim telah dibangunkan hasil daripada dapatan kajian ini.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Professional ethics, Work ethics, Islamic
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 31 Dec 2019 02:58
Last Modified: 31 Dec 2019 02:58
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/24126

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year