Browse By Repository:

 
 
 
   

Penambahbaikan Rekabentuk Mesin Mengutip Buah Relai Kelapa Sawit Berkuasa Motor Elektrik Dengan Kaedah TRIZ

Siti Hajar Adni, Mustaffa (2015) Penambahbaikan Rekabentuk Mesin Mengutip Buah Relai Kelapa Sawit Berkuasa Motor Elektrik Dengan Kaedah TRIZ. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Penambahbaikan Rekabentuk Mesin Mengutip Buah Relai Kelapa Sawit Berkuasa Motor Elektrik Dengan Kaedah TRIZ 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (431kB)

Abstract

Di Malaysia, industri kelapa sawit amat memainkan peranan yang besar kerana merupakan salah satu komoditi pertanian utama yang perkembangannya kian pesat hari demi hari. Di sebalik perkara tersebut, terdapat kelemahan di bahagian perladangan kelapa sawit dimana kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan aktiviti seperti mengutip buah relai kelapa sawit di ladang. Kebelakangan ini, dalam industri sawit, buah relai kelapa sawit selalunya dikutip menggunakan tangan ataupun alatan konvensional. Teknik ini bukan sahaja memerlukan tenaga buruh yang ramai dan memakan masa tetapi juga leceh Hal ini berikutan kekangan teknologi dalam mengatasi masalah sedemikian dalam industri sawit amat merisaukan. Justeru itu, projek ini dijalankan untuk menambahbaik, membangunkan serta menjalankan analisis bagi mesin mengutip buah kelapa sawit relai berkuasa motor elektrik. Untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif dan sistematik, pendekatan penyelesaian masalah TRIZ akan digunakan untuk mencari penyelesaian. Berdasarkan konsep TRIZ, suatu penambahbaikan telah dilakukan ke atas sistem mengutip mesin mengutip buah relai kelapa sawit berkuasa motor elektrik. Analisis juga turut dilakukan ke atas bahagian komponen yang paling kritikal untuk mengetahui ketahanan komponen tersebut.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: TRIZ theory, Machine design, Electric machinery -- Design and construction, Product design
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 06 May 2016 00:46
Last Modified: 06 May 2016 00:46
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16499

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year