Browse By Repository:

 
 
 
   

Inventori Pelepasan Dari Sumber Bergerak Di Kawasan Tempat Letak Kereta Di Bawah Pentadbiran Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB)

Khairul Azman, Khalid (2015) Inventori Pelepasan Dari Sumber Bergerak Di Kawasan Tempat Letak Kereta Di Bawah Pentadbiran Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Inventori Pelepasan Dari Sumber Bergerak Di Kawasan Tempat Letak Kereta Di Bawah Pentadbiran Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (908kB)

Abstract

Pencemaran udara memberikan impak negatif kepada kehidupan seharian, memudaratkan dan memberi ketidakselesaan kepada manusia dan organisma yang lainnya. Pelepasan pencemaran udara adalah gas, titisan cecair dan zarah pepejal pelepasan daripada keadaan semula jadi topografi dan sumber antropogenik. Sumber mudah alih yang dikategorikan dalam sumber antropogenik merupakan salah satu factor utama dalam menyumbang kepada pencemaran udara. Pelepasan asap dari kenderaan bermotor antara penyumbang terbesar berlakunya pencemaran udara dan peningkatan kadar IPU di Malaysia. Perkembangan pesat di dalam industri automotif masa kini menyumbang kepada peningkatan kenderaan bermotor dari tahun ke tahun yang mana setiap satunya membebaskan asap yang membawa kepada pencemaran. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang komprehensif mengenai kategori, jenis kenderaan dan pencemaran melalui bahan pencemar Sebatian Organik Meruap (VOC) yang dipancarkan dan berlaku di kawasan tempat letak kereta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan menggunakan aplikasi MapInfo dan kaedah Tier 1 berdasarkan sumber EMEP/EEA Emission Inventory Guidebook Corinair 2013 serta pemerhatian yang teliti dengan mengambil kira kategori kenderaan di kawasan kajian. Kenderaan di kategorikan kepada tiga jenis yang utama iaitu kereta, motorsikal dan light-duty vehicles. Hasil kajian menunjukkan kategori kereta (passenger vehicles) menyumbang jumlah VOC paling tertinggi sebanyak 1827.2632 tan setahun berbanding jumlah VOC kategori motorsikal (two-wheel vehicles) dan Light-duty Vehicles di mana masing-masing menyumbang sebanyak 53.1051 dan 75.1308 tan setahun di kawasan tempat letak kereta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Air -- Pollution -- Measurement, Automobiles -- Motors -- Exhaust gas
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 04 May 2016 06:55
Last Modified: 04 May 2016 06:55
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16493

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year