Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Terhadap Pola Kitaran Aliran Udara Dalam Ruang Terkurung Dengan Sudut Lubang Dinding 45 Darjah (45°)

Abdullah Nur Mu'izz, Abdullah (2015) Kajian Terhadap Pola Kitaran Aliran Udara Dalam Ruang Terkurung Dengan Sudut Lubang Dinding 45 Darjah (45°). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Kajian Terhadap Pola Kitaran Aliran Udara Dalam Ruang Terkurung Dengan Sudut Lubang Dinding 45 Darjah (45) 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (657kB)

Abstract

Pada masa kini, suhu bumi kian meningkat atas beberapa faktor terutama dari pengeluaran atau pencemaran gas karbon dioksida (CO2) terhadap alam sekitar serta lapisan ozon yang semakin menipis. Bagi permulaan awal untuk menyahut cabaran dari kerajaan berkenaan perlaksanaan teknologi hijau, kajian ini adalah untuk mengkaji pengudaraan semula jadi dalam suatu ruang terkurung yang melibatkan bentuk ruang terkurung sebagai contoh yang boleh dijadikan sampel untuk kajian akan datang. Kajian ini akan memfokuskan aliran udara dari luar kawasan ruang terkurung lantas memasuki kawasan ruang terkurung melalui jarak sela dinding, j dahulu kemudian memasuki bukaan ruang yang terdapat pada lubang-lubang yang bersudut 45 darjah (450) seterusnya mengakibatkan perubahan pada pola aliran udara. Jarak sela dinding, j yang digunakan adalah berbeza-beza beserta dengan perbezaan prisma pemesong, R mengikut kes yang ditetapkan. Kajian mengunakan perisian lukisan berbantu komputer (CAD) untuk membina model ruang terkurung tersebut. Perisian pertama yang digunakan untuk melukis model ialah SOLIDWORKS. Terdapat sembilan kes lukisan yang dimodelkan dan kemudian beralih ke perisian pengkomputeran dinamik bendalir (CFD) iaitu perisian kedua iaitu ANSYS-FLUENT untuk membuat simulasi model yang direka. Hasil dari simulasi, kesemua 9 kes mempunyai perbezaan magnitud halaju. Kes dikaji berdasarkan pemerhatian terhadap garis arus dan vektor halaju. Kesemua 9 kes mempunyai pusingan udara arah lawan jam dengan halaju yang berbeza-beza. Kes juga dikaji dengan menggunakan 5 titik rujukan yang di letakkan di kawasan yang ditetapkan bagi membantu kajian terhadap magnitud halaju dalam ruang terkurung. Secara Keseluruhannya, jarak sela dinding, j dan prisma pemesong, R memberi kesan terhadap magnitud halaju dalam ruang terkurung. Kes terbaik yang disahkan adalah kes 2 iaitu halajunya yang tercatat adalah paling terbaik dari yang lain sepanjang titik rujukan 1,2 dan 3 di mana ketinggian pada titik tersebut mampu memberi kepuasan yang terbaik kepada penghuni dalam aplikasi sebenar.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Ventilation, Air flow
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 04 May 2016 03:39
Last Modified: 04 May 2016 03:39
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16460

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year