Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Terhadap Pola Kitaran Aliran Udara Dalam Ruang Terkurung Dengan Sudut Lubang Dinding Kosong Darjah (0°)

Mohd Zarrul Syaffiq, Sabahar (2015) Kajian Terhadap Pola Kitaran Aliran Udara Dalam Ruang Terkurung Dengan Sudut Lubang Dinding Kosong Darjah (0°). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Kajian Terhadap Pola Kitaran Aliran Udara Dalam Ruang Terkurung Dengan Sudut Lubang Dinding Kosong Darjah (0°) 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (506kB)

Abstract

Pola aliran kitaran udara memainkan peranan yang penting dalam mencapai keselesaan termal yang optimum. Umumnya, keselesaan termal dapat dicapai dengan mengubah suhu sesebuah ruang supaya serasi dengan keperluan manusia. Perubahan tersebut dapat dicapai dengan mudah disamping mengunakan tenaga yang minima sekiranya ventilasi (pola aliran kitaran udara) adalah sangat baik. Penggunaan tenaga yang minima bukan sahaja baik dari segi ekonomi, bahkan turut mesra alam disamping menyokong usaha kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Oleh dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan bagi menyiasat pola kitaran aliran udara dalam suatu ruang terkurung dengan sudut lubang dinding (θ) kosong darjah (0°) melalui pendekatan simulasi. Selain itu, tujuan perlaksanaan kajian ini juga adalah untuk mensimulasikan model dengan variasi nisbah prisma pemesong (R) dan jarak sela dinding (j). Pendekatan yang digunakan bagi menjalankan kajian dimulai dengan pengukuran dimensi pada model, membangunkan model 3-D, dan seterusnya menjalankan simulasi CFD. Secara keseluruhannya, terdapat 9 kes yang terlibat dalam kajian ini iaitu Kes 1 (R = 0.5, j = 10 mm), Kes 2 (R = 1.0, j = 10 mm), Kes 3 (R = 2.0, j = 10 mm), Kes 4 (R = 0.5, j = 20 mm), Kes 5 (R = 1.0, j = 20 mm), Kes 6 (R = 2.0, j = 20 mm), Kes 7 (R = 0.5, j = 30 mm), Kes 8 (R = 1.0, j = 30 mm), and Kes 9 (R = 2.0, j = 30 mm). Hasil kajian mendapati bahawa Kes 6 mempunyai pola kitaran aliran udara terbaik. Kes 6 telah dipilih kerana mempunyai kedudukan keseluruhan yang paling rendah. Sifat-sifat aliran udara yang menjadikan Kes 6 terpilih adalah kerana secara literalnya mempunyai lapan (8) garisan aliran yang mengalir secara langsung melalui ruang terkurung (tanpa terperangkap menjadi pusaran), mempunyai purata halaju kedua terbaik (13.5645 m/s) sepanjang ruang terkurung, dan jarak garisan Agung adalah 280.7 m secara kasar. Signifikan kesemua sifat aliran yang disebut sebelum ini adalah memastikan lebih banyak saluran bagi pergantian udara segar dan tiada kesesakan dalam ruang terkurung, untuk memastikan pergantian udara segar lebih cepat, dan memastikan udara (dalam ruang terkurung) sesingkat yang mungkin.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Ventilation, Air flow
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 04 May 2016 03:36
Last Modified: 04 May 2016 03:36
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16459

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year