Browse By Repository:

 
 
 
   

Kefahaman, kesedaran dan amalan etika kerahsiaan dalam kalangan pekerja-pekerja awam dan swasta suatu perbandingan : kajian kes dalam Polis Diraja Malaysia hospital dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

hj.bokhari, mohamad (2011) Kefahaman, kesedaran dan amalan etika kerahsiaan dalam kalangan pekerja-pekerja awam dan swasta suatu perbandingan : kajian kes dalam Polis Diraja Malaysia hospital dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Project Report. Universiti Teknikal Malaysia Melaka. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Kefahaman,kesedaran dan amalan etika kerahsiaan dalam kalangan pekerja-pekerja awam dan swasta suatu perbandingan kajian kes dalam Polis Diraja Malaysia hospital dan kakitangan Universiti Teknikal Melaka.pdf - Submitted Version

Download (3MB)

Abstract

Kerahsiaan merupakan satu konsep yang mempunyai implikasi etika dan perundangan untuk pengamal kesihatan mental. Dalam hal ini, tanggungjawab yang penting bagi pengamal kesihatan mental adalah untuk menjamin isu kerahsiaan klien.Klien mempunyai hak agar komunikasi mereka dirahsiakan. Dalam hal ini, kakitangan awam termasuk penjawat awam seperti pihak polis, doktor, jururawat dan kakitangan pentadbiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) iaitu khususnya Ketua Penolong Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pembantu Pegawai Tadbir dan setiausaha (PA)adalah tertakluk dalam memelihara etika kerahsiaan organisasi masing-masing. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif untuk melihat kefahaman,kesedaran dan amalan etika kerahsiaan dalam kalangan kakitangan perkhidmatan PDRM, hospital dan staf pentadbiran UTeM. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kuantitatif melibatkan seramai 500 orang responden yang terdiri daripada kakitangan PDRM di cawangan negeri Melaka (n=158); doktor, jururawat dan pembantu hospital kerajaan serta swasta di negeri Melaka (n=229) dan kakitangan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (n=ll3).Soalselidik yang digunakan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A :"Demografi", Bahagian B: "Kefahaman",Bahagian C: "Kesedaran" dan Bahagian D:"Amalan Etika Kerahsiaan" yang mengandungi sejumlah 41 item. Indeks kebolehpercayaan bagi analisis item yang digunakan mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.92. Analisi data dijalankan melalui pendekatan statistik inferensi dengan menggunakan perisisan Statistical Package of the Social Science (SPSS versi 18.0) iaitu analisis Korelasi Pearson, Multigen Regression Stepnize atau Model Regresi Liner Pelbagai dan ANOV A Sehala. Kajian ini mendapati bahawa sesetengah penjawat awam berkenaan adalah kurang patuh atau mengabaikan amalan etika kerahsiaan walaupun mereka faham dan sedar terhadap kepentingan etika kerahsiaan. Mereka harus lebih menjurus kepada konsep beneficence iaitu menyumbang terhadap kesempumaan dan kepentingan pelanggan. Mereka juga seharusnya bertanggungjawab untuk memberi pertolongan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan menolong berdasarkan kepada kemahiran, kompetensi, pengetahuan, profesionalisme dan amalan etika kerahsiaan.Dalam hal ini, amalan etika kerahsiaan jururawat agak membimbangkan kerana mereka adalah agak rap at dengan pelanggan dan doktor. Manakala, setiausaha atau P A lebih membimbangkan kerana mereka adalah lebih dekat dengan maklumat kerahsiaan pelanggan. Semua maklumat pelanggan yang simpan oleh ketua pentadbir dalam sesuatu organisasi juga dik:etahui oleh setiausaha. Sehubungan dengan itu, adalah meragukan sejauh mana maklumat dan dokumen kerahsiaan pelanggan dapat dipelihara. Kata kunci : Kefahaman, Kesedaran dan Amalan Etika Kerahsiaan

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Civil service -- Malaysia,Civil service ethics -- Malaysia
Subjects: J Political Science > J General legislative and executive papers
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: Centre for Language Learning
Depositing User: Mohd. Nazir Taib
Date Deposited: 30 Nov 2015 02:47
Last Modified: 30 Nov 2015 02:47
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/15240

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year