Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Awal Mengenai Perlaksanaan Atribut Graduan Dan Keupayaan Subjek Teras Dalam Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar UTeM

Mahadi, Abu Hassan and Norliah, Kudus and Izaidin, Abdul Majid (2008) Kajian Awal Mengenai Perlaksanaan Atribut Graduan Dan Keupayaan Subjek Teras Dalam Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar UTeM. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 page)
Kajian Awal Mengenai Perlaksanaan Atribut Graduan Dan Keupayaan Subjek Teras Dalam Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar UTeM.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Pengajian Umum atau mata pelajaran teras di Universiti Teknikal Malaysia Melaka berjalan seiring dengan penubuhan universiti. Dari aspek perlaksanaan telah dilaksanakan oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan lnsan (PBPI), menerusi 4 jabatan iaitu Jabatan Pengaj ian Islam dan Kemanusiaan (JPIK), Jabatan Bahasa (JB), Jabatan Komunikasi (Jkom) dan Jabatan Kokurikulum (Jkoku). Keprihatinan UTeM melalui PBPI menyaksikan perkembangan terkini mata pelajaran umum atau teras universiti telah pun dilaksanakan di peringkat diploma dan ijazah. Kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian ini adalah dengan menggunakan temubual dan juga menggunakan satu set soalan kaji selidik yang mengandungi beberapa persoalan yang berkaitan dengan atribut graduan yang ingin dilaksanakan dan kemahiran generik yang ada di dalam kurikulum teras yang sedia ada di UTeM. Responden kajian terdiri daripada pelajar dari beberapa buah fakulti yang terpilih. Statistik diskriptif (frekuensi,peratusan dan min) dan statistik inferential (ANOV A) akan digunakan untuk mengalisis data dengan menggunakan perisisan SPSS. Kajian ini juga mencadangkan agar PBPI terlibat menjalinkan kerjasama dengan fakulti-fakulti lain di UTeM dengan memberi penekanan terhadap pelan tindakan atribut graduan dan strategi penerapan Kemahiran lnsaniah (Kl) di kalangan pelajar melalui subjek wajib dan elektifwajib universiti yang ditawarkan oleh PBPI. Ia bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya sealiran dengan perubahan dalam ants pendidikan tinggi masa kini.Dapatan dan kajian awal ini juga boleh memberi panduan kepada PBPI, Fakulti dan universiti dalam penyediaan dan perlaksanaan Atribut Soft Skills di UTeM. Di samping itu juga kajian ini akan membantu universiti mengenalpasti dan mengagihkan tugas untuk menghasilkan graduan seperti mana ditentukan oleh Atribut Graduan UTeM.Hasil kajian sekaligus akan memberi kesedaran tentang keupayaan menerapkan soft skills di dalam subjek umum atau teras universiti yang ditawarkan oleh PBPI.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Education, Higher -- Curricula, Education, Higher -- Aims and objectives
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Zulkarnaen Mahat
Date Deposited: 04 Nov 2015 03:36
Last Modified: 04 Nov 2015 03:36
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/15117

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year