Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Persepsi Awam Terhadap Jenayah Di Negeri Melaka

Mohd Taib, Dora and Syed Najmuddin , Syed Hassan and Hazmilah, Hasan and Mohamad, Bokhari and Noraini , Husin and Mohd Fauzi, Kamarudin (2010) Kajian Persepsi Awam Terhadap Jenayah Di Negeri Melaka. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 page)
Persepsi Awam Terhadap Jenayah Di Negeri Melaka - Copy.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Berdasarkan catatan statistik PDRM antara tahun 2008 hingga 2009 menunjukkan tahap kadar jenayah di Malaysia amnya dan di Melaka khasnya masih serius dan perlu ditangani segera. Kadar jenayah seperti bunuh, rogol, samun, mencuri motorsikal, meragut, pecah rumah dan menculik masih serius walaupun terdapat laporan kes-kes jenayah yang dicatatkan agak berkurangan. Fenomena ini telah menimbulkan perasaan kebimbangan terhadap jenayah atau fear of crime di kalangan orang awam. Kebimbangan ini boleh membawa implikasi negatif kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneliti trend dan profil jenayah serta melihat tahap kebimbangan terhadap jenayah di kalangan orang awam di negeri Melaka. Kajian secara kuantitatif ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 990 orang awam di negeri Melaka daripada berbagai peringkat dan lapisan umur sama ada yang berpengalaman mengalami kes jenayah ataupun tidak.Skop kajian merangkumi ketiga-tiga daerah di Negeri Melaka iaitu Daerah Melaka Tengah,Daerah Jasin dan Daerah Alor Gajah. Hasil kajian mendapati kadar jenayah di Melaka menunjukkan peningkatan dalam tempoh sepuluh tahun ini. Manakala 95% daripada responden menyatakan kebimbangan terhadap jenayah yang menunjukkan bahawa indeks fear of crime di kalangan orang awam adalah tinggi. Kenyataan ini secara psikologinya membuktikan bahawa masyarakat kini hidup dalam kebimbangan terhadap aktiviti jenayah yang berlaku setiap hari.Kajian juga mendapati persepsi awam tentang program kesedaran jenayah adalah rendah. Masih ramai yang tidak begitu prihatin tentang perlunya menghadiri kursus atau kempen-kempen bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenayah. Kajian menyarankan agar kesedaran awam terhadap jenayah hendaklah di pertingkatkan melalui kempen-kempen yang lebih berkesan dalam media massa, media elektronik dan juga penyebaran risalah dari rumah ke rumah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Crime analysis -- Malaysia, Crime -- Malaysia -- Case studies, Crime -- Malaysia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Zulkarnaen Mahat
Date Deposited: 05 Oct 2015 06:39
Last Modified: 05 Nov 2015 07:36
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/15056

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year