Browse By Repository:

 
 
 
   

Kerjasama Asean Dalam Program Professional: Satu Kajian Pembangunan Kurikulum Pembelajaran Sepanjang Hayat

Hanipah, Hussin (2011) Kerjasama Asean Dalam Program Professional: Satu Kajian Pembangunan Kurikulum Pembelajaran Sepanjang Hayat. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Pages)
Kerjasama_Asean_Dalam_Program_Professional_Satu_Kajian_Pembangunan_Kurikulum_Pembelajaran_Sepanjang_Hayat.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (36MB)

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada pembangunan kurikulum pembelajaran sepanjang hayat yang sedia ada di negara-negara ASEAN, Jepun, Kanada, USA dan New Zealand. Tujuan utama kajian adalah menganalisa beberapa bentuk pendekatan dan kurikulum serta model pembelajaran yang dapat dijadikan contoh dalam pembangunan kurikulum pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia. Dengan adanya pengetahuan terhadap pendekatan dan 'best practice' pembelajaran sepanjang hayat kerjasama ASEAN dalam program profesional dapat dilaksanakan.Peluang pasaran di negara -negara ASEAN masih luas tetapi system pemasaran kurikulum dan modul dari universiti belum dapat dikenal pasti. Oleh itu adalah satu keperluan untuk membuat kajian pasaran terhadap kurikulum dan modul ke negaranegara ASEAN. Dapatan kajian berupa disriptif terhadap beberapa kriteria modul yang menarik dan menepati keperluan pelanggan negara-negara ASEAN. Beberapa strategi pelaksanaan yang releven dengan infrastuktur yang sedia ada telah dapat dikenalpasti. Beberapa bidang utama yang diperlukan dalam menjana peluang pembelajaran sepanjang hayat telah dapat dikenalpasti. Peranan pensyarah universiti dalam masyarakat dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat telah juga dikupaskan. Perbincangan dan kesimpulan kajian lebih berfokus kepada bentuk sistem dan peluang dalam pembelajaran sepanjang hayat di negara-negara ASEAN. Cadangan terhadap unsur-unsur inovasi dan teknologi yang sedia ada dalam masyarakat dalam menatang perubahan teknologi yang ada pada hari ini dapat digubal supaya ianya dibuat dalam bentuk mod pembelajaran sepanjang hayat. Kata Kunci : Pembelajaran Sepanjang Hayat, model, inovasi, kurikulum, ASEAN

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Continuing education -- Southeast Asia, Adult education -- Southeast Asia, Distance education -- Southeast Asia, Adult education -- Malaysia, Continuing education -- Malaysia Prayer -- Islam, Global Positioning System, Qiblah
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
L Education > L Education (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Zulkarnaen Mahat
Date Deposited: 28 Jan 2015 09:10
Last Modified: 28 May 2015 04:35
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/13951

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year