Browse By Repository:

 
 
 
   

Kukuh Saya Dan Cekap Matematik Tahap 1 : Teknik Interaktif

Nadiah, Hussin (2013) Kukuh Saya Dan Cekap Matematik Tahap 1 : Teknik Interaktif. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kukuh_Saya_Dan_Cekap_Matematik_Tahap_1_-_Teknik_Interaktif.pdf - Submitted Version

Download (621kB)
[img] PDF (Full Text)
Kukuh_Saya_Dan_Cekap_Matematik_Tahap_1_-_Teknik_Interaktif.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Sesetengah pelajar sekolah rendah mendapati subjek Matematik adalah salah satu subjek yang kurang difahami dan tidak menarik di dalam kelas. Ini kerana Matematik mengandungi konsep penyelesaian masalah dan terlalu banyak pengiraan, oleh itu para guru juga mendapati ianya amat sukar untuk menarik minat pelajar mereka terhadap subjek ini. Projek ini dibina untuk membantu murid sekolah agar memahami dan menyelesaikan permasalahan Matematik dalam pelbagai konteks. Modul 2D ini mengandungi bahan pelajaran dan latihan yang di persembahkan dalam bentuk interaktif. Dengan menggunakan teknik interaktif ini dalam 2D, pemahaman murid-murid terhadap subjek ini akan menjadi mudah. Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih memahamai sesuatu pelajaran dengan cepat jika terdapat penggunaan warna yang terang dan menarik, berbanding dengan apa yang di sampaikan melaui percakapan. Grafik juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat murid terhadap pelajaran ini. Tujuan projek ini dijalankan untuk mengenalpasti “methodology” yang sesuai untuk membangunkan “courseware” modul interaktif 2D untuk pelajar sekolah rendah dan untuk membina “courseware” 2D bagi pelajar Sekolah Rendah Tahap 1 dari darjah 1 hingga 3 dan juga untuk menilai tahap keberkesanan dan pemahaman murid terhadap pembelajaran melalui modul 2D. Hasil yang diharapkan bagi projek ini adalah untuk menghasilkan satu “courseware” yang seronok untuk digunakan dalam sesi pembelajaran subjek Matematik di Sekolah agar pemahaman murid terhadap subjek ini akan bertambah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Interactive multimedia, Mathematics -- Computer-assisted instruction, Educational technology, Mathematics -- Study and teaching (Primary) -- Interactive multimedia
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics
Divisions: Library > Final Year Project > FTMK
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 27 Jan 2015 00:22
Last Modified: 28 May 2015 04:34
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/13780

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year