Browse By Repository:

 
 
 
   

Keselarasan Personaliti Dengan Program Pengajian Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar KUTKM

Norida, Abdullah and Ahmad Rozelan, Yunus and Hafzan , Ariffin (2006) Keselarasan Personaliti Dengan Program Pengajian Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar KUTKM. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Pages)
Keselarasan_Personaliti_Dengan_Program_Pengajian_Dan_Hubungannya_Dengan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_KUTKM.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat keselarasan antara jenis personaliti pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berasaskan Teori Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar-pelajar Program ljazah Sarjana Muda, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan di antara keselarasan personality dengan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 746 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berkelompok daripada 1103 orang pelajar tahun tiga semester pertama. Alat kajian yang digunakan ialah Self Directed Search (SDS) yang telah dialih bahasakan. Alat statistik yang digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Environment Assessment Technique (EAT), Indeks Keselarasan Wiggings dan Ujian Korelasi Spearman Rho dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara personaliti dengan program pengajian pelajar bagi pelajar yang mengikuti program BEKP, BEKC, BMCT, BMCA dan BMCS. Bagi program BEKE, BMFP,BMFR,BMFA, BITD, BITM, BITS, BITC, BENC, BENT, dan BENE dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian yang diikuti. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar kecuali bagi program pengajian BENC, BENT dan BENE. Keputusan kajian ini menunjukkan ada dikalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan personaliti mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan personality mereka. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Personality and academic achievement, Students -- Malaysia -- Attitudes, Student adjustment -- Research
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Zulkarnaen Mahat
Date Deposited: 28 Jan 2015 09:11
Last Modified: 28 May 2015 04:31
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/13366

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year