Browse By Repository:

 
 
 
   

Kompetensi Pensyarah Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) : Satu Kajian Di KUTKM

Mahadi, Abu Hassan and Norliah, Kudus (2006) Kompetensi Pensyarah Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) : Satu Kajian Di KUTKM. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
kompetensi_pensyarah_di_dalam_pengajaran_dan.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di 5 buah fakulti di KUTKM. Responden kajian terdiri dan pensyarah, tutor dan jurutera pengajar di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Kajian dilakukan dengan menggunakan sosl selidik yang dikemukakan kepada 100 orang pensyarah dari lima buah fakulti yang berlainan. Hasil kajian akan menunjukkan: (i) berapa ramaikah responden memilik tahap kompetensi tinggi dalam aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti objektif pengajaran dan menyampai pengajaran dan pembelajaran; (ii) kompetensi yang dianggap sangat perlu dalam pengajaran ialah menguasai isi kandungan bidang, mengenalpasti objektif pengajaran, kepentingan hasil pembelajaran(learning outcomes), menyampai pengajaran dan pembelajaran (iii) terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kompetensi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan hubungan interpersonal (iv) tidak ada hubungan yang signifikan di antara kompetensi yang ada dan kompetensi yang diperlukan; dan (v) kompetensi perancangan mengajar yang membuahkan basil pembelajaran dipersepsikan paling utama dalam pengajaran di KUTKM. Keputusan kajian mencadangkan agar universiti melalui fakulti atau pusat tanggungjawab memberi penekanan kepada tahap kecekapan staf akademik dengan kemahiran kompetensi umum dan khusus. Di samping latihan berkaitan pedagogi, pengukuran dan penilaian, teknologi pengajaran, penyeliaan dan penasihatan pelajar, pengurusan penyelidikan atau setaranya mengikut keperluan pensyarah dan keperluan pendidikan masa kini. Kompetensi ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah supaya melahirkan pensyarah yang reflektif sealiran dengan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di KUTKM berteraskan amalan dan aplikasi.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Lectures and lecturing
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > L Education (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 10 Jul 2014 01:23
Last Modified: 28 May 2015 04:25
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/12518

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year