Browse By Repository:

 
 
 
   

Hubungkait Kemalangan Industri Dengan Kurikulum Kejuruteraan : Satu Kajian

Hazani, Shafie and Mohd. Ridzuan, Nordin and Tan, Chee Fai and Raihani, Md. Kasim (2005) Hubungkait Kemalangan Industri Dengan Kurikulum Kejuruteraan : Satu Kajian. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Hubungkait_Kemalangan_Industri_Dengan_Kurikulum_Kejuruteraan_-_Satu_Kajian.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Setiap hari pekerja-pekerja samada di sektor awam mahupun di sektor swasta adalah terdedah dengan 'work hazard' atau bahaya pekerjaan. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di Malaysia terjamin, Kerajaan telah mewartakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKTA 514) pada 24 Februari 1994. Daripada jumlah yang dicatitkan ini daripada statistik yang dinyatakan di dalam Buletin Jurutera keluaran Februari 2002 , didapati kadar kemalangan yang berlaku di lndustri walaupun tidak menggerunkan tetapi amatlah perlu untuk disifarkan jika berkemampuan . Bagaimanapun , kemalangan-kemalangan yang telah berlaku ini tidak dapat dipastikan hubungkaitnya dengan kurikulum dan silibus yang dilaksanakan oleh lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya Universiti tempatan dan hasil dari kajian ringkas penyelidik , didapati masih belum ada kajian terperinci atau khusus yang telah dibuat oleh mana-mana pihak bagi mempastikan samada kemalangan yang berlaku ini mempunyai hubungkaitnya dengan kurikulum dan silibus pada kursus-kursus kejuruteraan yang diajar di IPTA. Kajian tersebut bertujuan untuk mengenalpasti silibus kursus yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang diajar di lnstitut Pengajian Tinggi Awam. Di samping itu, kajian tersebut juga mengenalpasti sejauh mana hubungan di antara kemalangan di industri dengan kulikulum kejuruteraan. Daripada dapatan kajian, pengetahuan OSH perlu ditekankan di kalangan graduan kejuruteraan agar dapat memberi kesedaran yang mendalam dan seterusnya digunakan sewaktu bekerja.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Engineering -- Curricula, Construction industry -- Accidents, Industrial safety
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > L Education (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > FKM
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 16 May 2014 07:44
Last Modified: 28 May 2015 04:22
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/12062

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year