Browse By Repository:

 
 
 
   

Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar KUTKM : Mengenalpasti Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik

Suhaila , Salleh and Norzihani, Yusof and Dzairin Hazida, Mohd Dawang (2003) Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar KUTKM : Mengenalpasti Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Masalah_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik_Di_Kalangan_Pelajar_UTeM_-_Mengenalpasti_Punca_Kelemahan_Pelajar_Dalam_Matematik.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengenalpasti punca kelemahan pelajar dalam matematik di KUTKM dengan melihat kepada perbezaan persepsi pelajar terhadap puncapunca kelemahan matematik berdasarkan jantina dan fakulti pelajar. Punca-punca yang dipertimbangkan adalah pensyarah, sukatan pelajaran, tutorial, kemudahankemudahan lain atau sikap pelajar. Kajian juga bertujuan untuk melihat keputusan matematik di KUTKM di antara pelajar diploma dan ijazah berdasarkan perbezaan tahap pendidikan sebelum memasuki KUTKM. Kajian melibatkan 730 pelajar diploma dan ijazah dari kelima-lima fakulti. Satu set soal selidik yang mengandungi item-item berskala Iikert lima mata digunakan untuk melihat maklumbalas pelajar. Data dianalisa menggunakan Ujian T, ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson, menggunakan SPSS version 10.0. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara faktor jantina dengan kelima-lima punca, antara fakulti dengan sukatan pelajaran dan kemudahan tetapi wujud perbezaan dengan pensyarah, tutorial dan sikap bagi pelajar diploma. Terdapat juga hubungan signifikan antara demografi dengan sikap pelajar bagi pelajar diploma tetapi tidak bagi pelajar ijazah. Tiada hubungan signifikan bagi demografi dengan pensyarah, sukatan pelajaran. tutorial dan kemudahan bagi pelajar diploma dan ijazah. Dalam subjek Matematik Kejuruteraan, pelajar dengan STPM dan Matrik menunjukkan prestasi yang baik berbanding pelajar dari Sijil dan Diploma. Keseluruhannya, mengikut kajian ini, punca utama kelemahan matematik pelajar KUTKM ialah kemudahan insfrastruktur.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Mathematics -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia -- Students
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 20 Mar 2014 03:08
Last Modified: 28 May 2015 04:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/11807

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year