Browse By Repository:

 
 
 
   

Tahap Penghayatan Akhlak Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Muhd Akmal Noor, Rajikon and Syed Najmuddin , Syed Hassan and Rosli, Saadan and Ismail , Ibrahim and Mohd Fauzi, Kamarudin (2009) Tahap Penghayatan Akhlak Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Tahap_penghayatan_akhlak_dalam_kalangan_mahasiswa_Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka_Muhd_Akmal_Noor.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Dalam era globalisasi dunia kini serta dalam kerancakan pembangunan ekonomi dan politik negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan insan yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan mahasiswa yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Kajian ini dilakukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan bahawa status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar UTeM adalah pada tahap kurang memuaskan. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa aspek akhlak kritikal di kalangan mahasiswa UTeM seperti kewajipan solat lima waktu, adab pergaulan dan pendedahan aurat. Sekaligus, tinjauan ini mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan mahasiswa UTeM.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: College students -- Conduct of life, Student ethics -- Malaysia -- Melaka
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > L Education (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 14 Mar 2014 01:56
Last Modified: 28 May 2015 04:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/11799

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year