Browse By Repository:

 
 
 
   

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja : Satu Kajian Di Kilang Possehl Electronics (M) Sdn. Bhd, Batu Berendam, Melaka

Nor Fazilah, Abdul Hamid and Fauziah , Kasmin and Hanissah, Mohamad (2009) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja : Satu Kajian Di Kilang Possehl Electronics (M) Sdn. Bhd, Batu Berendam, Melaka. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Teks)
Faktor_faktor_yang_mempengaruhi_kepuasan_kerja__satu_kajian_di_kilang_Possehl_Electronics_M_Sdn_Bhd_Batu_Berendam_Melaka__Nor_Fazilah_Abdul_Hamid.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan bekerja bagi pekerja-pekerja Possehl Electronics (M) Sdn Bhd yang merangkumi faktor-faktor iaitu kepuasan bekerja di bawah penyeliaan, kepuasan bekerja di dalam jabatan dan rakan sekerja, kepuasan bekerja terhadap syarikat dan polisi syarikat, kepuasan bekerja terhadap beban kerja dan gaji. Kajian dijalankan menggunakan borang soal selidik ke atas 115 pekerja Possehl Electronics (M) Sd.n Bhd. Daripada kajian ini didapati tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pekerja Possehl adalah sederhana dan hampir mencapai aras setuju iaitu setuju dengan kepuasan kerja yang diperolehi. Faktor yang paling signifikan mempengaruhi kepuasan bekerja adalah bekerja di dalam jabatan dan rakan sekerja. Pekerja-pekerja berpuas hati dan merasakan mereka diletakkan di jabatan yang tepat dan amat berpuas hati dengan pertolongan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerja. Manakala faktor yang paling tidak signifikan adalah kepuasan bekerja di bawah penyeliaan. Mereka dapati penilaian prestasi dan bantuan penyelia kurang membantu mereka membuat kerja dengan lebih baik. Kajian ini mendapati kepuasan bekerja di bawah penyeliaan dan kepuasan bekerja di dalam jabatan dan rakan sekerja adalah sama bagi semua kategori pendapatan. Responden yang berpendapatan RM300-RM700 dan RM700-RM1500 mempunyai pandangan dan kepuasan yang berbeza terhadap syarikat, polisi syarikat, beban kerja dan gaji. Kajian ini juga turut mengemukakan beberapa cadangan yang dianjurkan oleh pihak pekerja Possehl Electronics (M) Sdn Bhd untuk menambah baik tahap kepuasan bekerja.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Job satisfaction
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 14 Mar 2014 00:53
Last Modified: 28 May 2015 04:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/11793

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year