Browse By Repository:

 
 
 
   

Pengujian Keberkesanan Model Kejuruteraan Perisian Pembelajaran Ke Atas Subjek Berteraskan 'Hand-On' : Kajian Kes 'Link List And Array' Dalam Subjek Struktur Data Dan Algoritma

Mohd Hafiz, Zakaria and Faaizah, Shahbodin (2004) Pengujian Keberkesanan Model Kejuruteraan Perisian Pembelajaran Ke Atas Subjek Berteraskan 'Hand-On' : Kajian Kes 'Link List And Array' Dalam Subjek Struktur Data Dan Algoritma. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Pengujian_Keberkesanan_ModeL_Kejuruteraan_Perisian_Pembelajaran_Ke_Atas_Subjek_Berteraskan_'Hand-On'_-_Kajian_Kes_'Link_List_And_Array'_Dalam_Subjek_Struktur_Data_Dan_Algoritma.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Pedagogi ditakrifkan sebagai cara atau teknik pembelajaran berkesan yang perlu dipraktikkan oleh tenaga pengajar kepada pelajar bagi menghasilkan situasi pembelajaran yang berkesan khususnya dalam pendekatan Aplikasi dan Amalan. Kajian ini memfokuskan kepada pengaplikasian perisian multimedia dalam Subjek Struktur Data dan Algoritma di mana ia merupakan mata pelajaran yang diwajibkan kepada semua pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Memandangkan silibus subjek ini sukar untuk dipelajari dan digambarkan secara teori, kajian ke atas teknik-teknik pembelajaran perlu dilakukan bagi membolehkan subjek ini dipelajari dengan lebih berkesan dan dapat merangsang kefahaman pelajar dengan lebih cepat. Kajian ini akan menghasilkan satu teknik pembelajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan mengatasi masalah kesukaran pelajar untuk memahami apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar secara teori. Pendekatan yang digunakan adalah berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa Teori Rekabentuk Berarahan. Satu prototaip akan dibangunkan berdasarkan satu model Rekabentuk Berarahan bagi menyampaikan modul mengajaran serta menilai tahap pencapaian dan skor markah yang diperolehi oleh pelajar secara menyeluruh bagi subjek ini. Proses pembangunan prototaip ini melibatkan beberapa teknik antaranya ialah Intelligent Tutoring System (ITS), Web Based Learning dan Courseware Engineering Model.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Education -- Computer programs, Engineering -- Computer-assisted instruction, Engineering -- Study and teaching, Computer programming
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > L Education (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > FTMK
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 19 Mar 2014 04:59
Last Modified: 28 May 2015 04:19
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/11698

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year